Penggunaan moden Kapri

Afrika Selatan pasca-Aparteid

Pada tahun 2000, parlimen Afrika Selatan menggubal Akta Penggalakan Pencegahan Diskriminasi Tidak Adil. Objektif utama Akta ini termasuk pencegahan istilah ucapan kebencian, seperti kapri:

*Menggalakkan kesamarataan
  • Melarang dan mencegah diskriminasi yang tidak adil (sama ada berdasarkan umur, bangsa, jantina, kekurangan upaya, bahasa, agama, budaya, dll.)
  • Menegah ucapan benci (cth. memanggil orang dengan perkataan kapri/kaffir, kuli, hotnot, dll.)
  • Mencegah pengharuan[16]


Pada Februari 2008, terdapat kontroversi di Afrika Selatan selepas Irvin Khoza, pengerusi jawatankuasa penganjur Piala Dunia FIFA 2010, menggunakan perkataan itu semasa taklimat akhbar tentang seorang wartawan.[17][18][19][20]

Kenyataan yang dibuat semasa sidang Parlimen Afrika Selatan pada 5 Mac 2008 menunjukkan bagaimana penggunaan perkataan itu dipandang hari ini:[21]

Kita harus berhati-hati jangan menggunakan kata-kata hinaan yang digunakan untuk merendahkan orang kulit hitam di negara ini. Perkataan seperti Kapri, kuli, Boesman, hotnot dan lain-lain lagi ada konotasi negatif dan masih menyinggung perasaan kerana kata-kata ini telah digunakan untuk merendahkan, menjatuhkan dan merampas kemanusiaan dan maruah orang Afrika Selatan.

Frasa perkataan K kini sering digunakan untuk mengelak menggunakan perkataan itu, serupa dengan perkataan N, digunakan untuk menggantikan negro[3] atau perkataan K di Malaysia untuk perkataan keling.

Pada tahun 2012, seorang wanita dipenjarakan semalaman dan didenda selepas mengaku bersalah atas crimen injuria kerana menggunakan perkataan itu sebagai hinaan rasis di sebuah gimnasium.[22]

Pada Julai 2014, Mahkamah Rayuan Agung mengekalkan sabitan 2012 bagi kesalahan crimen injuria dan serangan yang berkaitan dengan pertengkaran tentang tempat letak kereta, yang mana seorang lelaki menggunakan perkataan itu. Penghakiman menyatakan:[23]

Perkataan kapri adalah kata kesat yang berunsur perkauman dan menghina serta digunakan dalam erti kata yang melukai ... di negara ini, ia bukan sahaja dilarang digunakan tetapi juga boleh diambil tindakan. Dalam sejarah kita yang rasis ia digunakan untuk menyakiti, mengaibkan, memburukkan dan menyahmanusiakan orang Afrika. Perkataan yang menjijikkan ini telah menyebabkan duka dan perit yang tidak terperi kepada perasaan dan maruah orang Afrika di negara ini.

Pada Mac 2018, Vicki Momberg menjadi wanita pertama yang disabitkan dengan bahasa rasis kerana menggunakan istilah itu lebih daripada 40 kali kepada dua orang polis Afrika Selatan.[24]

Rujukan

WikiPedia: Kapri http://sealang.net/malay/dictionary.htm https://web.archive.org/web/20120311150842/http://... https://web.archive.org/web/20090901070712/http://... https://web.archive.org/web/20110722234224/http://... https://web.archive.org/web/20090907225621/http://... https://web.archive.org/web/20140715162750/http://... https://web.archive.org/web/20110610043638/http://... https://www.nytimes.com/2016/10/28/world/africa/so... https://www.nytimes.com/2018/03/28/world/europe/so... http://www.etymonline.com/index.php?term=kaffir